Laman Utama
    Organisasi
    Sejarah
    Peranan & Sumbangan
    Aktiviti
    Galeri
    Keahlian
    Hubungi





  Sejarah P. Ramlee:     1   2   3   4   5   6 

Zaman Persekolahan P. Ramlee 


          P. Ramlee telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa (dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Tan Sri P. Ramlee mulai November 2011) serta di Sekolah Francis Light dan seterusnya di Sekolah Penang Free sehinggalah meletus Perang Dunia Kedua. 

          Semenjak dibangku sekolah lagi P. Ramlee telah menonjolkan bakat dalam bidang seni nyanyi dan seni lakon.  Bermula dengan bermain ukele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya. 


P. Ramlee semasa di sekolah rendah




P. Ramlee semasa di Sekolah Penang Free, Pulau Pinang
pada tahun 1947 (barisan belakang,  3 dari kiri)

Kerjaya Sebagai Seorang Pelakon dan Pengarah Filem
       


           
            Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah "Chinta" pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon dalam 27 buah filem antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman Melayu ialah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50-an dan 60-an yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua pelakon terkenal India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan. 

             Lagu pertama ciptaan P. Ramlee ialah Azizah yang ditulis pada 1945 dan ditujukan pada gadis pujaannya iaitu Azizah. Tawaran yang akhirnya mengubah keseluruhan hidupnya itu datang daripada Rajhans yang kemudiannya mengajak P. Ramlee ke Singapura untuk bekerja di Studio Jalan Ampas (Malay Film Productions/MFP). 

            'Bulan jatuh ke riba' bagi P.Ramlee pada tarikh 1 Jun 1948 apabila ditemui oleh pengarah filem Tamil, B.S.Rajhans. Pengarah tersebut tertarik pada bakat P. Ramlee dan pada tahun 1949 ia telah direalitikan melalui filem Nasib (Fate). Tujuh tahun kemudian, P Ramlee mengarahkan filem pertamanya Penarik Becha (The Trishaw Man). Pada tahun 1957, P. Ramlee mengarahkan filem komedi pertamanya, Bujang Lapok (Dowdy Bachelors) dan beliau berlakon bersama S. Samsuddin dan Aziz Sattar, yang masih popular di kalangan peminat masa kini. 

Antara filem-filem 'box-office' beliau ialah:

o Anakku Sazali

o Semerah Padi

o Bujang Lapok

o Antara Dua Darjat

o Seniman Bujang Lapok

o Ibu Mertuaku

o Labu-Labi

o Madu Tiga
               


Gaya seorang pengarah filem yang unggul

               
              Sepanjang berada di Singapura, beliau sempat mengarahkan 16 buah filem dan selepas kembali ke Kuala Lumpur pada 16 April 1964 beliau menghasilkan 18 buah filem bermula dengan Si Tora Harimau Jadian sehingga yang terakhir iaitu Laksamana Do Re Mi (1972). Dalam penciptaan lagu, beliau seringkali menerima bantuan penulis lirik seperti S.Sudarmaji, Jamil Sulong, HM. Rohaizad dan Ainol Jamal. Ketika hayatnya, P. Ramlee mencipta kira-kira 1000 lagu. Dalam pemikiran terbuka, P. Ramlee gemar menerapkan pelbagai rentak muzik seperti rentak melayu tradisional, tempo waltz, rumba, cha-cha, twist, timur tengah, cina dan Hindustan. 



Antara poster filem yang dilakon dan diarahkan oleh P. Ramlee

ANTARA DIALOG DALAM CERITA P. RAMLEE:

“Walaupun rupamu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku…” (Seniman Bujang Lapok-Aziz)

Alkisaaahhh…Tayiiibbb…Alkisah maka tersebutlah kisaaahhh… Tayiiibbb… Sang kancil datang beramai-ramai menghadap ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Firaauuuunnn…. Mana Firauunn pakai sultan… entah…” (Pendekar Bujang Lapok –Ramli, Aziz dan Sudin)

“1 untuk engkau, 1 untuk aku…2 untuk engkau, 2 untuk aku… 3 untuk engkau,3 untuk aku…lepas 3 apa? Hentam sajalah… hentam sajalah untuk engkau, hentam sajalah untuk aku… lepas hentam sajalah?... Bedallah… Bedallah untuk engkau..bedallah untuk aku… eh, dalam dunia mana ada huruf bedallah… eh dalam dunia mana ada huruf bedallah untuk engkau, eh dalam dunia mana ada huruf bedallah untuk aku…” (Nujum Pak Belalang - Badan dan Nyawa)

“Alamaaakkk…nombor dua lagilah. Apa boleh buat, nombor dua lagilah. Mari kita lihat, siapa yang kena…” (Ali Baba Bujang Lapok - sarjan)    
    


Adegan lakonan P. Ramlee dalam filem Pendekar Bujang Lapok


Adegan lakonan P. Ramlee bersama AR Tompel dan Ibrahim Din dalam filem Do Re Mi

 
               Filem terakhir lakonan beliau ialah "Laksamana Do Re Mi" pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah "Ayer Mata Di Kuala Lumpur" pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.   

  Sejarah P. Ramlee:     1   2   3   4   5   6